Firman Allah
Tiadalah mereka diperintah, kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama, lurus, dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat. Itulah agama yang lurus. (Surah Al-Bayyinah ayat 5)


Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Al-Haj 37)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.(Ali Imran 29)

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Al-Khattab r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Hanyasanya amalan-amalan itu adalah dengan niat dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia perolehi atau kerana seorang perempuan yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya.” (RS1; Bukhari, Muslim)
‘Aisyah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Bakal ada tentera yang akan menyerang Kaabah, tetapi ketika mereka sampai di suatu lapangan tiba-tiba dibinasakan semua, yang pertama hingga yang terakhir.”
‘Aisyah bertanya, ” Ya Rasulullah, bagaimanakah dibinasakan semua, padahal di situ ada orang-orang yang tidak ikut, iaitu orang yang sedang di pasar dan lain-lainnya?”
Jawab Nabi :“Dibinasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing.”
(Bukhari, Muslim)
4: Jabir bin Abdullah r.a berkata: “Ketika kami bersama Nabi s.a.w. dalam suatu peperangan, tiba-tiba Nabi s.a.w. bersabda, ” Sesungguhnya di Madinah ada bebcrapa orang, tidaklah setiap kali kamu melalui jalan, atau menyeberangi lembah, melainkan mereka sentiasa menyertai kamu (menyekutui kamu) pahalanya. Mereka tertahan oleh penyakit.”
(Muslim)
Di mana saja kamu berjalan, baik mendaki atau menurun, mereka tetap menyekutui kamu dalam pahala, kerana kesungguhan niat, sedang mereka tertahan oleh udzur. Demikianlah pengaruh niat.






No comments:
Post a Comment